Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Naik taraf jalan Batu Pahat-Ayer Hitam-Kluang masih dalam pertimbangan - Exco


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





JOHOR BAHRU, 31 Mei (Bernama) -- Projek menaik taraf laluan persekutuan Jalan Batu Pahat-Ayer Hitam-Kluang bernilai RM564 juta masih dalam pertimbangan Kementerian Kerja Raya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri  berkata, fasa ketiga projek berkenaan melibatkan kerja-kerja pembinaan median, pusingan U dan kerja-kerja berkaitan.

“Keperluan projek ini sangat mendesak dan penting bagi mengurangkan kemalangan di kawasan tersebut serta mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kritikal terutama pada musim perayaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Solihan berkata projek naik taraf tersebut merupakan kesinambungan daripada fasa satu yang telah siap pada April 2004, melibatkan skop kerja menaik taraf jalan dari dua lorong kepada empat lorong dengan kos sebanyak RM331.31 juta.

Fasa fasa kedua pula siap pada Oktober 2012, melibatkan pembinaan median, pusingan U dan kerja-kerja yang berkaitan dengan anggaran kos RM34.8 juta, katanya.

-- BERNAMA

.

 


 

   

 
 
     
   
 

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     

Pandangan berbeza cadangan gantian hukuman mati mandatori

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel