Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SAINS aktif PTK sempena Hari Raya Aidilfitri


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





SEREMBAN, 31 Mei (Bernama) -- Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) akan mengaktifkan Pelan Tindakan Kontigensi (PTK) bagi persediaan menghadapi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri bermula dari 3 hingga 10 Jun ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail berkata ia bertujuan bagi memantau sebarang isu gangguan bekalan air di seluruh negeri ini terutamanya ketika waktu puncak musim perayaan sehingga menyebabkan penggunaan air berganda.

"Pusat PTK di Pejabat SAINS Seremban 2 akan ditubuhkan yang beroperasi selama 16 jam sehari melalui dua shift iaitu bermula 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan  4.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

Ia bagi menangani setiap aduan berkaitan gangguan bekalan air di Negeri Sembilan selain menangani aduan dari setiap daerah, PTK juga terlibat dalam pemantauan paras kolam-kolam imbangan di seluruh negeri ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, dengan adanya PTK ini diharapkan sebarang gangguan bekalan air akan dapat diuruskan dalam tempoh yang singkat dan tidak membebankan para pengguna.

"Menjelang musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, SAINS ingin menasihatkan kepada para pengguna agar menggunakan air secara berhemah.

Sebarang masalah atau gangguan bekalan air bolehlah terus menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982 yang beroperasi 24 jam agar tindakan pantas dapat diambil," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel