Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

11 lelaki Indonesia ditahan kerana curi besi buruk dari dua kapal


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





ISKANDAR PUTERI, 31 Mei (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor menahan 11 lelaki rakyat Indonesia secara berasingan, kerana disyaki mencuri besi buruk dan barangan lusuh dari dua kapal, di perairan Pulau Kukup dekat Pontian, malam tadi dan awal hari ini.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata enam daripada mereka ditahan semasa menaiki dua sampan pada pukul 10.20 malam di kedudukan kira-kira 3.2 batu nautika barat daya Pulau Kukup selepas dipercayai mencuri besi buruk dan barangan lusuh dari kapal SC Lancer.

"Lima yang lain ditahan pada 1.30 pagi tadi semasa menaiki dua sampan di kedudukan kira-kira 2.3 batu nautika barat daya Pulau Kukup selepas dipercayai mencuri barangan sama dari barge Sinar Asia 2912 yang sedang ditunda bot TB Asia Jaya," katanya kepada pemberita di Jeti APMM Johor, di Sungai Pulai, di sini hari ini.

Aminuddin berkata semua lelaki yang berumur antara 16 dan 30 tahun itu ditahan oleh kapal peronda Maritim yang sedang melaksanakan Operasi Khas Pagar Laut 2/2019 sempena Ramadan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata ketika kejadian, SC Lancer sedang dalam pelayaran dari Batam, Indonesia ke Chitagong, Bangladesh manakala TB Asia Jaya yang menunda barge Sinar Asia 2912 pula sedang dalam perjalanan dari Tawau, Sabah ke Pulau Pinang.

Katanya, modus operandi kumpulan lelaki itu adalah menyasarkan kapal-kapal yang bergerak perlahan dan mempunyai ketinggian dari aras permukaan laut yang rendah seperti kapal yang sedang menunda barge.

"Mereka melakukan aktiviti ini secara berkumpulan, namun, tidak menggunakan senjata. Mereka bergerak menggunakan sampan yang biasanya dikenali sebagai 'Lima Sore'," katanya.

Aminuddin berkata kumpulan itu akan cuba mengelak sebarang pergelutan dengan kru kapal yang disasarkan dan barangan yang biasa diambil adalah besi buruk atau apa-apa sahaja barang yang mudah diambil seperti tali dan sebagainya lalu dijual di Batam.

Katanya, kumpulan lelaki berasal dari Batam dan Pulau Karimun, Indonesia bersama kesemua besi buruk dan barangan lusuh bernilai RM500 terbabit kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel