Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada sebarang masalah dengan MB Johor - Mazlan


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





JOHOR BAHRU, 31 Mei (Bernama) --  Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mazlan Bujang menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Mazlan, yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Puteri Wangsa, sebaliknya berkata, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Dr Sahruddin Jamal bagi kemajuan parti berkenaan.

"Secara formal belum lagi (bertemu) tetapi kita ada berbincang dua tiga kali, saya berjumpa dengan beliau dalam majlis berbuka puasa baru-baru ini, jadi kita tiada masalah.

"Maknanya secara formalnya kita ada pendirian bahawa beliau uruskan hal kerajaan dan saya uruskan hal parti, jadi itu understanding kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Bandaraya Johor Bahru, Taman Daya di sini, hari ini.

Mazlan berkata, ketika pertemuan itu, tiada perbincangan secara serius dan mendalam dibuat.

"Kita tidak bincang secara dalaman sebab hal parti tak sama dengan kerajaan. Hal parti melibatkan pengurusan parti, hal keanggotaan dan hala tuju, jadi ia berbeza dengan hal kerajaan," tambah beliau. 

Mazlan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu beliau berbincang dengan Dr Sahruddin Jamal, selaku Pengerusi Bersatu Johor yang baharu, untuk mencari persefahaman demi kelancaran pentadbiran parti dan negeri.

Mazlan, yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tebrau, memulakan tugas sebagai Pengerusi Bersatu Johor secara rasminya Sabtu lepas (25 Mei) dan turut mengumumkan pelantikan beberapa anggota  jawatankuasa baharu termasuk Setiausaha Mohd Solihan Badri, yang juga Ketua Bahagian Ledang.

Mazlan dilaporkan berkata, Dr Sahruddin turut menolak tawaran untuk kekal menjawat jawatan Setiausaha Bersatu Johor untuk memberi tumpuan terhadap pentadbiran negeri.

Terdahulu pada majlis berkenaan, 332 orang dari golongan yang memerlukan, menerima sumbangan berupa wang tunai RM100 beserta sumbangan bantuan barangan bernilai RM100 daripada Yayasan Bandaraya Johor Bahru.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel