Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SWM environment laksana operasi Aidil fitri


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





SEREMBAN, 31 Mei (Bernama) -- Syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal, SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) telah merangka strategi operasi Hari Raya Aidil Fitri sebagai langkah awal memastikan perkhidmatan syarikat berjalan lancar dengan mengenal pasti beberapa lokasi penting yang memerlukan perhatian dan tindakan operasi pembersihan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Kampung Baru Negeri Sembilan Teo Kok Seong berkata strategi operasi itu bagi memastikan kelancaran kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam dapat dilaksanakan dengan baik dan persekitaran sentiasa bersih.

Operasi ini juga bertujuan memastikan orang ramai tidak menghadapi masalah perkhidmatan sepanjang Hari Raya Aidil Fitri serta semua pekerja SWM Environment berada di dalam keadaan bersedia dan mengikut jadual perancangan kerja yang telah disusun-atur, katanya.

"Tumpuan kerja-kerja operasi SWM Environment sepanjang sambutan Hari Raya Aidil Fitri di negeri ini meliputi 37 lokasi jualan hari mantai, pasar awam (32 lokasi), pasar tani dan pasar tani mega (14 lokasi), bazar Ramadan (54 lokasi), bazar raya (10 lokasi), pusat membeli-belah dan pasar raya (48 lokasi), rumah pangsa dan pangsapuri (38 lokasi), kem tentera (13 lokasi), pantai dan tempat pelancongan (11 lokasi) tong berpusat (66 lokasi).

"SWM Environment akan menyediakan sejumlah 68 lori penyendat, 52 buah lori terbuka dan 'Roll On Roll Off'  (RORO) pada hari pertama Hari Raya Aidil Fitri. Syarikat itu akan mempertingkatkan jumlah kenderaan pada hari kedua iaitu sebanyak 99 buah lori penyendat dan 63 buah lori terbuka dan RORO. Manakala pekerja yang bertugas pada hari pertama Hari Raya Aidil Fitri melibatkan 760 orang dan hari kedua 1,675 orang," katanya  pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengurus Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan SWM Environment Dr Al'Ashari Othman dan Pengarah SWCorp Negeri Sembilan Nordin Amat.

Teo berkata aktiviti pemantauan bazar raya akan dilaksanakan pada malam Hari Raya Aidil Fitri selepas peniaga bazar raya menutup operasi perniagaan.

"Aktiviti itu melibatkan pegawai SWCorp, Majlis Perbandaran Seremban dan SWM Environment. Kerjasama yang dilakukan bagi memastikan para peniaga tidak culas menguruskan sisa perniagaan mereka selepas operasi dan kerja pembersihan dilakukan dengan segera agar sisa perniagaan diuruskan dengan baik serta tahap kebersihan terjamin," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan kutipan sisa pepejal akan beroperasi seperti biasa bermula pada 6 Jun, kecuali kawasan  pihak berkuasa tempatan Kuala Pilah yang akan bermula pada 10 Jun.

Katanya bagi menghadapi sebarang kemungkinan, pihak SWM Environment juga akan menyediakan anggota unit khas raya bagi menangani sebarang kemungkinan yang melibatkan kerja-kerja kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Orang ramai yang mempunyai aduan atau pertanyaan boleh menghubungi SWM Environment menerusi aplikasi WhatsApp di talian 012-6180082 atau talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel