Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekalan diesel bersubsidi untuk nelayan dibekalkan mulai esok


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





PARIT BUNTAR, 31 Mei (Bernama) -- Nelayan di Perak dijangka mendapat semula bekalan diesel bersubsidi mulai esok, kata Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari.

Beliau berkata, kekurangan bekalan bahan bakar itu disebabkan kuota subsidi diesel di pusat-pusat jualan untuk bulan ini telah habis.

“Pada tahun 2018 kita mendapat 80 juta liter diesel di seluruh negara berbanding 60 juta liter diesel pada tahun ini.

"Ini menunjukkan kita kekurangan kuota 20 juta bekalan diesel sejak Januari hingga bulan ini. Pengurangan kuota subsidi diesel berlaku di semua pusat jualan di seluruh negara terutama di sesetengah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK),” katanya.

Abdul Yunus bercakap kepada pemberita  selepas Program Sumbangan Peduli Rakyat sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri  Kuala Kurau di Tanjung Piandang dekat sini hari ini.

Beliau mengulas rungutan nelayan di Manjung yang tidak turun ke laut sejak dua hari lepas kerana kehabisan bekalan diesel bersubsidi.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata kerajaan membelanjakan RM77 juta sejak Januari hingga semalam bagi projek Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) untuk memastikan jalan raya di negeri ini dalam keadaan baik.

Beliau berkata, peruntukan itu dibelanjakan bagi membaiki jalan negeri, jalan bandaran, jalan kampung dan jalan pertanian.

Abdul Yunus berkata pada tahun 2018 MARRIS memperuntukkan RM201 juta untuk Perak. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel