Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu bas ekspres Perlis bebas dadah - JPJ


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





KANGAR, 31 Mei (Bernama) -- Pemandu dan operator bas ekspres yang diperiksa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis sejak Op Penguatkuasaan Terminal Bas dilancarkan 29 Mei lepas hingga hari ini didapati bersih daripada najis dadah dan lain-lain kesalahan.

Pengarahnya, Shahrul Azhar Mat Dali berkata, dalam operasi itu 91 buah bas diperiksa yang ditumpukan dalam aspek keselamatan kenderaan dan pemandu.

“Sebelum operasi dilancarkan kita telah mengadakan perjumpaan dengan pemandu dan operator bas bagi memastikan mereka mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya berikutan tahun lepas dua pemandu positif dadah jenis syabu (Methamphetamine),” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa operasi sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 di Terminal Bas Ekspres Kangar hari ini yang turut disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perlis, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan PUSPAKOM.

Operasi selama dua minggu itu berakhir pada 13 Jun ini.

JPJ juga akan mempertingkat penguatkuasaan terhadap pemandu kenderaan Thailand terutama van penumpang yang kerap melangggar peraturan jalan raya negara ini.

Beliau berkata, cuti 148 anggota penguatkuasa JPJ Perlis dibekukan sepanjang musim perayaan supaya operasi penguatkuasaan jalan raya berjalan mengikut jadual.

Sementara itu, Pengarah AADK Perlis, Azizah Ahmad berkata, 62 pemandu telah menjalani saringan ujian air kencing dalam operasi itu sejak 29 Mei lepas dan tiada yang positif dadah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel