7xZBWA94hJs Jajaran Lekir-Beruas WCE dibuka selewatnya Ogos
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jajaran Lekir-Beruas WCE dibuka selewatnya Ogos


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





TELUK INTAN, 31 Mei (Bernama) -- Jajaran Seksyen 9 dan 10 dari Kampung Lekir, Sitiawan ke pekan Beruas, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka selewat-lewatnya Ogos ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata kerja-kerja pembinaan laluan sejauh 44 kilometer itu kini siap 95 peratus.

“Pembukaan seksyen tersebut lebih kepada pengguna tempatan dan laluan itu dapat membantu rakyat mengurangkan kesesakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pembukaan Jajaran Seksyen 8 WCE Hutan Melintang-Teluk Intan, di Plaza Tol Teluk Intan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata keseluruhan 12 seksyen WCE dijangka siap sepenuhnya hujung tahun hadapan.

Mengenai Jajaran Seksyen 8 WCE Hutan Melintang-Teluk Intan, Mohd Anuar berkata ia boleh digunakan bermula pukul 6 petang hari ini dan setakat ini tiada sebarang bayaran tol dikenakan sehingga kerajaan membuat keputusan berkenaan polisi serta kadar tol.

“Jajaran ini dijangka dapat memendekkan masa perjalanan pengguna tempatan dengan anggaran 11 minit berbanding penggunaan laluan sebelumnya,” katanya.

Mohd Anuar berkata pembukaan jajaran Seksyen 8 yang direka bentuk sebagai laluan dua lorong dua hala sepanjang 19.1 kilometer itu bakal menjadi laluan pintasan kepada penduduk tempatan sekitar Sabak Bernam, Selangor; Bagan Datuk, Hutan Melintang dan Sitiawan, Perak.

Katanya kemudahan awam seperti surau dan bilik air turut disediakan bersebelahan Plaza Tol Hutan Melintang dan Teluk Intan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel