Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UTC Melaka ditutup dua hari pada Aidilfitri


Tarikh kemaskini: 31/05/2019





MELAKA, 31 Mei (Bernama) -- Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka akan menutup operasinya selama dua hari pada Rabu dan Khamis depan (5 dan 6 Jun) bersempena dengan perayaan Aidilfitri.

UTC Melaka menerusi kenyataan hari ini memberitahu operasi UTC Melaka pada Selasa depan (4 Jun) adalah pada 8 pagi hingga 1 tengah hari.

"Operasi pada hari Jumaat hingga Ahad (7 hingga 9 Jun) adalah pada 8 pagi hingga 4.30 petang. UTC Melaka beroperasi seperti biasa pada hari Isnin (10 Jun) iaitu pada 8 pagi hingga 5 petang," kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan UTC Melaka di talian 06-3333333 untuk sebarang pertanyaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel