Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Muhyiddin berbuka puasa dengan penduduk bandar Muar


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





MUAR, 30 Mei (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beberapa anggota keluarganya hari ini meluangkan masa selama kira-kira tiga jam bersama dengan penduduk di sini dalam satu majlis khas berbuka puasa

Ketibaan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diiringi isterinya, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin bersama kira-kira 400 umat Islam membacakan Yassin dan Tahlil yang dipimpin oleh Imam Masjid Sungai Abong, Ilham Imam sebelum berbuka puasa di perkarangan surau berkenaan, seterusnya menunaikan solat Maghrib.

Menurut Aliah Md Yassin, 73 yang merupakan kakak kepada Muhyiddin, majlis itu diadakan setiap tahun bagi menghimpunkan keluarga Allahyarham Md Yassin Mohammad iaitu bapa kepada Muhyiddin, seorang tokoh agama terkenal di daerah Muar dan Johor.

"Kira-kira 50 anggota keluarga Md Yassin berhimpun hari ini dan setiap kali berkumpul nasi beriani gam merupakan hidangan wajib bagi arwah ayah (Allahyarham Md Yassin) ketika beliau masih hidup," katanya kepada Bernama malam ini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel