Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jangan letak barangan di laluan keluar, sukarkan operasi menyelamat


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





KANGAR, 30 Mei (Bernama) -- Pengusaha pusat membeli belah dan pemilik dinasihatkan supaya tidak meletakkan barangan di laluan keluar sehingga menyukarkan kerja menyelamat ketika kecemasan berlaku, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis Ruhisya Haris.

Beliau berkata nasihat serta teguran secara lisan telah diberikan kepada semua pengusaha dan pemilik pasar raya serta pusat membeli belah untuk mengalihkan barangan yang menghalang laluan keluar.

“Kebanyakan daripada premis ini mereka letak barangan di jalan keluar. Kita tak nak kalau berlaku sebarang kecemasan ini menyukarkan proses menyelamat dijalankan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Kempen Keselamatan Kebakaran Dan Pelancaran Ops Rondaan Raya sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019 di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Ruhisya berkata sebanyak 19 daripada 21 premis telah diperiksa di negeri Perlis sempena musim perayaan Aidilfitri melibatkan pusat membeli-belah dan pasar raya.

Tempoh pemeriksaan bermula sejak 15 Mei lepas sehingga 14 Jun depan, katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Amalan letak wanita di kelas rendah dalam organisasi kini tidak relevan

 
     

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel