Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hampir 900 anggota bomba Perak bertugas ketika Aidilfitri


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





IPOH, 30 Mei (Bernama) -- Kira-kira 900 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak ditugaskan sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini, kata pengarahnya Azmi Osman.

Beliau berkata hanya 20 peratus daripada 1,111 anggota dan pegawai jabatan itu di negeri ini dibenarkan bercuti secara bergilir.

"Bomba Perak sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam memastikan masyarakat di negeri ini dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna, walaupun dalam saat kita tidak berhari raya bersama keluarga masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan keselamatan kebakaran sempena musim perayaan di sini hari ini.

Azmi berkata sebanyak 65 pusat membeli belah dan pasar raya di seluruh negeri diperiksa sejak 15 Mei lalu.

"Tempoh pemeriksaan sempena musim perayaan ini adalah dari 15 Mei hingga 14 Jun. Daripada 119 pusat membeli belah dan pasar raya di negeri ini bomba Perak telah memeriksa kira-kira 54.62 peratus atau 65 premis.

"Sepanjang pemeriksaan itu dua notis borang A iaitu di bawah Seksyen 2(d) dikeluarkan kerana sistem pemasangan pasif atau aktif tidak berada dalam keadaan baik... bermakna alat pengesan haba mengalami kerosakan," katanya.

Dalam pada itu, Azmi meminta ibu bapa lebih berhati-hati tentang keselamatan anggota keluarga ketika bercuti semasa musim perayaan, terutama di kawasan perkelahan seperti pantai dan air terjun.

"Pihak bomba akan menjalankan pemantauan secara berkala di kawasan-kawasan riadah ini, tetapi kita memohon ibu bapa beri perhatian yang serius khususnya anak-anak kecil pastikan keselamatan mereka diutamakan," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel