Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Program 'My Best Buy FAMA' Johor catat jualan hampir RM5 juta


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





ISKANDAR PUTERI, 30 Mei (Bernama) -- Program My Best Buy anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di negeri ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai dengan jumlah jualannya sehingga kini mencecah hampir RM5 juta.

Pengarah FAMA Johor Shahrizan Sudirman berkata menerusi program berkenaan juga, turut dicatatkan jumlah penjimatan sebanyak RM650,000 sejak tahun 2014. 

“Sejak 2014, menerusi program ini kami telah mencatatkan jumlah jualan hampir RM5 juta dengan jumlah penjimatan kalau kita ambil purata 13 purata, berlaku penjimatan sebanyak RM650,000 di negeri ini sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis  pelancaran program My Best Buy Pra Aidilfitri 2019 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Tosrin Jarvanthi.

Selain di Kota Iskandar, program My Best Buy itu juga turut diadakan di Pangsapuri Desa Datuk Hajah Hasnah di Johor Bahru  selain pasar tani khas yang djangka akan dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub pada 1 Jun di Pasar Tani Datin Halimah.

“Objektif penganjuran program seumpama ini bertujuan untuk membantu masyarakat yang dengan peningkatan kos sara hidup masa kini, kami gunakan platform ini untuk tawarkan barang kepada pengguna pada harga paling berpatutan dan yang kedua memberi peluang juga kepada para peniaga dan tempatan berniaga di kawasan yang kami sediakan.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel