Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

OKU, Ibu Tunggal dirai di Kota Tinggi


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





KOTA TINGGI, 30 Mei (Bernama) -- Seramai 54 orang dari 28 keluarga kurang bernasib baik, termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU), Ibu Tunggal dan asnaf terharu dijamu juadah berbuka puasa ala hotel di sebuah resort peranginan dekat sini semalam. 

Menceritakan pengalaman itu, OKU dari Felda Papan Timur, Muhammad Hussein Mohd Yusof 49, teruja dan  berasa bertuah kerana mereka sekeluarga diundang untuk berbuka puasa, menikmati juadah yang baginya tidak mampu disediakan untuk ahli keluarganya.

"Saya anak-beranak mengucapkan terima kasih kepada resort ini, kerana prihatin dan mengambil berat malah memahami nasib hidup orang seperti kami yang wujud dalam sesebuah masyarakat.

"Selain tak mampu bawa anak-anak ke tempat begini, di sini kami dilayan dengan mesra seperti keluarga sendiri”, katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Tautan Kasih Ramadan di Bandar Penawar petang semalam.

Antara penduduk kampung yang terbabit ialah dari Kampung Felda Semenchu, Kampung Felda Papan Timur dan Kampung Felda Sungai Mas. 

Selain dijamu juadah berbuka puasa, setiap keluarga turut menerima sumbangan barang keperluan dapur bagi persiapan menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba.

Muhammad Hussein, bekas Jurulatih Program Khidmat Latihan Negara (PKLN) yang lumpuh separuh badan dan bergantung dengan penggunaan kerusi roda sejak 2015 setelah mengalami masalah saraf ekoran kemalangan jalan raya, mahu amalan menyantuni dan prihatin terhadap kalangan mereka yang daif dan miskin terus dilaksanakan oleh golongan korporat dan mereka yang berkemampuan dari masa ke semasa. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel