Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Marin Malaysia dan Indonesia tingkat operasi menjelang Aidilfitri


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





LUMUT, 30 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin Malaysia dan Indonesia sentiasa menjalinkan kerjasama erat termasuk pertukaran maklumat, selain meningkatkan operasi di perairan kedua-dua negara terutama menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Supt Dimin Awang berkata kerjasama yang erat serta operasi pengawasan padu daripada kedua-dua pihak perlu, terutama dalam mengekang jenayah di persempadanan negara yang luas.

“Contohnya kita tahu ada rakyat Indonesia yang melalui jalan tikus walaupun adanya perkhidmatan feri di Hutan Melintang, Teluk Intan dan Klang, Selangor, tetapi kita percaya ada sindiket yang membawa keluar mereka menggunakan jalan belakang.

“Jadi, kedua-dua negara memperketatkan rondaan membanteras isu pemerdagangan manusia, penyeludupan rokok, minuman keras dan juga dadah,” katanya pada Program Pertemuan di Laut @ Rendezvous (RV) serta majlis berbuka puasa bersama Polis Air (Polair) Indonesia di Perairan Selat Melaka, di kedudukan 57 batu nautika dari Pulau Pangkor, di sini malam tadi.

Pada program tahunan itu, seramai 18 termasuk anggota Polis Marin, wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Perak, serta wakil Jabatan Perikanan menaiki bot ronda PA50 untuk bertemu Polair yang tiba di lokasi menaiki bot ronda Kresna dari Belawan, Indonesia.

Turut hadir, Direktur Kepolisian Perairan dan Udara, Kepolisian Daerah Sumatera Utara Yosi Muhamartha Direktur.

Dalam pada itu, Dimin berkata pihaknya akan giat menjalankan operasi terutama sebelum dan selepas perayaan Aidilfitiri bagi mengekang aktiviti penyeludupan manusia yang sentiasa mencari peluang untuk melakukan kegiatan jenayah tersebut di persempadanan negara.

“Kita telah bersedia dan akan seramai lapan pegawai kanan, 82 anggota pangkat rendah serta lapan buah bot akan menjalankan operasi dari perairan Langkawi sehingga ke Pelabuhan Klang,” katanya.

Sementara itu, Yosi berkata isu penyeludupan dan pendatang tanpa izin di sempadan perairan Indonesia-Malaysia perlu dipandang serius serta memerlukan kerjasama erat antara kedua-dua negara untuk diatasi.

“Dengan pertemuan seperti ini, kita dapat bertukar informasi seperti sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang atau penyeludupan, berikan informasi kepada kami, untuk kami lakukan pengawasan,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel