Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Kelantan berbuka bersama warga PDRM


Tarikh kemaskini: 30/05/2019





KOTA BHARU, 30 Mei (Bernama) -- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli berbuka puasa bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini malam semalam.

Baginda turut menunaikan solat Maghrib, Isya dan bertarawih bersama anggota dan pegawai PDRM serta dif kehormat.

Turut mengiringi baginda ialah Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faiz Petra dan Tengku Temenggung, Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Baginda kemudian menyampaikan sumbangan kepada 120 orang anak yatim dan 80 orang saudara baru dan ibu tunggal.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel