Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekalan ikan sempena Aidilfitri dijamin cukup


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





LUMUT, 29 Mei (Bernama) -- Bekalan ikan di seluruh negara dijamin mencukupi bagi menampung keperluan pengguna sempena Aidilfitri yang akan disambut minggu depan, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Raja Kahalid Raja Ariffin.

Beliau berkata bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi, pihaknya akan menyediakan ikan sejuk beku segar daripada Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Persatuan Nelayan Kuala Kedah dan Persatuan Nelayan Besut.

"Di samping itu, pada musim perayaan ini kita akan menyekat pengeksportan ikan-ikan rakyat yang menjadi pilihan utama pengguna seperti ikan kembung, selar, cencaru, keli dan talapia.

"Kita juga turut mendapatkan bekalan ikan yang diimport antaranya dari India dan Thailand," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis ramah mesra dan iftar Ramadan bersama nelayan Manjung yang turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Abdul Yunus Jamhari di Pejabat LKIM di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Raja Kahalid berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak mengenai kekurangan bekalan ikan sepanjang bulan Ramadan.

"Pengguna tidak perlu khuatir dengan masalah bekalan ikan pada musim perayaan ini dan sekiranya ada mereka perlu melaporkan kepada pihak LKIM supaya memudahkan kita mengambil tindakan susulan.

"Kadang kala masalah bekalan ikan itu berpunca daripada manipulasi para peniaga yang bertindak menyorokkan bekalan ikan sedia ada," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel