Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sebanyak 1,416 produk makanan, minuman disita di Melaka


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





MELAKA, 29 Mei (Bernama) -- Sebanyak 1,416 produk makanan dan minuman bernilai RM165,250.20 disita di bawah Akta Makanan 1983 dalam tempoh Januari hingga April tahun ini, kata Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Low Chee Leong.

Beliau berkata rampasan yang melibatkan 46 pasar raya di sekitar negeri itu dilakukan kerana produk makanan dan minuman terlibat dikesan rosak atau berkulat, pembungkus rosak, pecah / tin kemek / bocor / berkarat, pelabelan yang tidak mematuhi syarat dan tiada tarikh luput atau produk telah tamat tempoh.

"Sebanyak tiga notis kompaun di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985 berjumlah RM10,000 telah dikeluarkan dalam empat bulan pertama tahun ini,” katanya pada sidang media Operasi Hari Raya 2019 di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka, Dr Rushdi Ramly.

Mengulas lanjut, Low berkata dalam Operasi Hari Raya 2019 yang dijalankan pada 13 Mei lepas hingga semalam, sebanyak 474 barangan makanan dan minuman bernilai RM2,552.06 dirampas melibatkan pemeriksaan di 34 premis pasar raya di sekitar negeri itu.

-- BERNAMA???????

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel