Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jelajah SWM Kasih Bubur Lambuk tamat di Seremban 2


Tarikh kemaskini: 29/05/2019




SEREMBAN, 29 Mei (Bernama) -- Syarikat Konsesi SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) hari ini meneruskan jelajah SWM Kasih Bubur Lambuk dengan lokasi terakhirnya di Seremban 2.

Pengurus Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan SWM Environment Dr Al Ashari Othman berkata jelajah SWM Kasih Bubur Lambuk sebelum ini telah dilaksanakan di Bazar Ramadan Batu Kikir, Jempol, Bazar Ramadan Kuala Kelawang, Jelebu sebelum melabuhkan tirainya di Bazar Ramadan Seremban 2 bagi tahun ini.

"Setiap tahun pihak SWM Environment tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab sosial koprat melalui program SWM Kasih Bubur Lambuk dengan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai sempena bulan Ramadan.

"Di samping itu, kami juga turut mempromosikan aktiviti kitar semula kepada orang ramai agar turut serta melaksanakan kitar semula bagi memastikan kelestarian alam sekitar terjamin," katanya pada program jelajah SWM Kasih Bubur Lambuk di sini, hari ini.

Jelajah tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri Nicole Tan Lee Koon.

Bagi jelajah pada hari ini, Tan sempat meluangkan masa kira-kira satu jam bertemu masyarakat, selain mengedarkan 300 bubur lambuk serta buah kurma kepada pengunjung yang hadir di bazar berkenaan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel