Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Boling sasar 4 emas pada Sukan SEA Filipina 2019


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) menyasarkan empat pingat emas daripada sembilan acara dipertandingkan dalam sukan itu pada temasya Sukan SEA Filipina 2019, November ini.

Setiausaha Agungnya,  Maradona Chok berkata, mereka menetapkan sasaran realistik berdasarkan prestasi semasa pemain dengan sandaran untuk meraih emas diletakkan dalam acara berpasukan, Masters dan beregu.

"Pemilihan skuad negara tahun ini berdasarkan ranking pemain pada pertandingan bulanan yang diadakan. Pemilihan skuad muktamad Sukan SEA akan ditentukan Ogos ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatakuasa Kerja dengan Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.

Sebagai persediaan, katanya, pemain negara akan menyertai Kejohanan Cabaran VII Brunswick Madrid di Sepanyol dari 29 Jun hingga 7 Julai,   Terbuka Antarabangsa Singapura (24-30 Jun), Terbuka Antarabangsa Hong Kong (15-20 Julai), Kejohanan Wanita Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat (22-30 Ogos) dan Kejohanan Asia di Kuwait dari 20 hingga 30 Okt ini.

Sukan SEA Filipina 2019 akan berlangsung dari 30 Nov hingga 11 Dis ini.

Pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, boling menyumbang tujuh daripada 11 pingat emas dipertandingkan serta empat perak dan tiga gangsa.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

JAS Johor pergiat pemantauan di sungai tercemar, kritikal di Pasir Gudang

 
     

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel