Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Yayasan Petronas peruntuk RM60,000 bantu asnaf


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





KOTA BHARU, 29 Mei (Bernama) -- Yayasan Petronas memperuntukkan RM60,000 untuk 150 orang murid kurang berkemampuan di sekitar Jajahan Tumpat sempena Program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas 2019. 

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, setiap murid menerima baucer bernilai RM300 bagi membolehkan mereka membeli kelengkapan menyambut Aidilfitri selain duit raya RM100. 

“Dengan bantuan ini diharap ia dapat meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan ini di samping membantu membangkitkan kegembiraan mereka membuat persiapan menyambut perayaan yang bakal menjelang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Petronas Santuni Golongan Asnaf di sebuah pasaraya di sini hari ini. Hadir sama, Anggota Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi. 

Katanya, penerima dan keluarga yang menerima sumbangan hari ini turut diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Muhammadi, Pasir Pekan yang akan dihadiri Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob. 

Terdahulu, Program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas 2019 yang julung kali diadakan melibatkan 13 negeri di seluruh negara termasuk Kelantan turut menyampaikan sumbangan kepada 2,800 keluarga golongan asnaf dengan peruntukan sebanyak RM815,000. 

Sementara itu, seorang penerima Nurul Aisyah Tarmizi,16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahmud Mahyidin berkata beliau bersyukur terpilih sebagai penerima bantuan hari ini. 

Katanya, sudah hampir tiga tahun dia tidak mempunyai kelengkapan baharu bagi menyambut Aidilfitri. 

“Kesempitan hidup ekoran yang ayah hanya bekerja buruh dan ibu suri rumah, membuatkan saya dan empat adik beradik terpaksa mengharapkan bantuan orang lain bagi kelengkapan Aidilfitri. 

“Jika saya tidak menerima bantuan hari ini saya tidak akan mempunyai kelengkapan baharu untuk menyambut hari raya nanti,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel