Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MBJB kesan peniaga bazar Ramadan tidak ambil suntikan typoid


Tarikh kemaskini: 29/05/2019




JOHOR BAHRU, 29 Mei (Bernama) -- Pemeriksaan kebersihan di bazar Ramadan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sehingga kini mendapati masih ada peniaga yang tidak mengambil suntikan typoid, yang merupakan suntikan penting bagi mengelakkan terjadinya wabak keracunan makanan kepada pengguna.

Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Amran A Rahman berkata hasil pemeriksaan pihaknya mendapati  hanya pemilik lesen perniagaan atau penjaja yang mengambil suntikan typoid tetapi pekerja tidak mengambil suntikan tersebut.

“Ada segelintir peniaga yang culas atau sengaja tidak mahu mengambil suntikan typoid, terutamanya  pekerja atau pembantu mereka atas alasan tambahan kos dan sebagainya,” katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Penuh MBJB Bilangan 5 Tahun 2019 di Dewan Inai Merah, MBJB di sini, hari ini.

Sementara itu, Amran berkata pemeriksaan juga mendapati ada peniaga dan pembantunya tidak menjaga kekemasan imej dengan memakai topi dan apron seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini.

Selain itu, ada segelintir peniaga yang masih menggunakan polisterin sebagai pembungkus makanan.

“Para peniaga memberi alasan bahawa mereka tidak maklum tentang larangan penggunaan polisterin serta tidak jelas berkenaan larangan tersebut telah dikuatkuasakan memandangkan masih terdapat penjualan polisterin di kedai-kedai pemborong,” katanya.

Sepanjang tempoh bulan Ramadan, MBJB telah membuat pemeriksaan kebersihan terhadap 20 bazar yang mempunyai jumlah keseluruhan peniaga seramai 1,373 orang.

“Hasil pemeriksaan tersebut, 56 kompaun dikeluarkan MBJB yang dianggarkan berjumlah RM14,000 atas kesalahan Undang-undang Kecil 20 (1) (ii) iaitu Undang-undang Kecil Pengendalian Makanan MBJB 2010 pengendali makanan tidak mendapatkan atau mempamerkan buku typoid semasa pemeriksaan dijalankan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel