Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nelayan tempatan ditahan tunda pukat di kawasan tidak dibenarkan di Pulau Pisang


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





JOHOR BAHRU, 29 Mei (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan tempatan pada kedudukan satu nautika barat Pulau Pisang, dekat Pontian, kerana melakukan aktiviti menunda pukat di kawasan yang tidak dibenarkan, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata aktiviti bot yang dikendalikan oleh seorang tekong dan dua awak-awak tempatan berusia antara 27 dan 34 tahun itu berjaya dikesan pihaknya semasa melakukan rondaan Ops Khas Pagar Laut pada 2.45 petang.

“Hasil pemeriksaan terhadap Buku Lesen Bot mendapati bot berkenaan pernah dikompaun atas kesalahan yang sama (melakukan aktiviti menunda pukat di kawasan yang tidak dibenarkan).

“Bot dan kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim negeri untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Aminuddin berkata kes disiasat mengikut Sesyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat lesen dan kesalahan boleh dikompaun manakala lesen boleh digantung jika sabit kesalahan.

Menurutnya, kerjasama daripada semua pihak termasuk persatuan dan komuniti nelayan serta pengusaha bot nelayan adalah penting bagi membendung aktiviti perikanan yang menyalahi undang-undang.

“Maritim Malaysia turut mengalu-alukan sebarang maklumat pencerobohan dengan cepat dan tepat supaya tindakan segera dan berkesan dapat diambil,” katanya.

Orang ramai disarankan untuk menyalurkan aduan jenayah maritim dan kecemasan di laut dengan menghubungi MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199404.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel