Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Warga emas ditahan untuk siasatan bakar warung roda tiga


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





BUTTERWORTH, 29 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian membakar sebuah warung roda tiga di Bagan Ajam, di sini Isnin lepas, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini.

Katanya, warga emas berusia 67 tahun itu dipercayai membakar warung itu kira-kira pukul 8.45 pagi dan perbuatannya itu berjaya dirakam sebuah kamera litar tertutup yang dipasang di sebuah kedai  berhampiran. 

“Pemilik warung itu sendiri yang telah menangkap warga emas itu berhampiran lokasi kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada hari yang sama sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini.

Noorzainy berkata warga emas itu kini ditahan reman selama empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan dikenakan denda.

"Polis juga sedang mengenalpasti motif sebenar suspek hingga dia sanggup membakar warung berkenaan,” katanya, sambil menambah kejadian itu telah menyebabkan pemilik warung itu kerugian lebih RM10,000.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel