Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Untung bersih suku ketiga Sime Darby meningkat kepada RM222 juta


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Untung bersih Sime Darby Bhd untuk suku ketiga berakhir 31 Mac, 2019, meningkat 64.4 peratus kepada RM222 juta daripada RM135 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Perolehan meningkat 3.3 peratus kepada RM8.56 bilion daripada RM8.29 bilion sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Sime Darby berkata keputusan lebih baik itu dicapai kebanyakannya didorong oleh prestasi kukuh dalam divisyen perindustrian.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2019, operasi berterusan kumpulan mencatatkan peningkatan 67.9 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM764 juta daripada RM455 juta bagi tempoh yang sama untuk tahun kewangan 2018.

Sime Darby berkata sebahagian besarnya disebabkan prestasi kukuh operasi  bahagian industrinya di Australasia.

Hasil bagi sembilan bulan bagi tahun kewangan 2019 berjumlah RM26.8 bilion, merangkumi peningkatan 6.3 peratus tahun ke tahun.

Berhubung prospek, Sime Darby berkata meskipun berdepan cabaran geopolitik dan makroekonomi serta sebarang keadaan yang tidak diduga mungkin berlaku, prestasi kumpulan pada tahun kewangan 2019 dijangka lebih baik daripada tahun kewangan sebelumnya

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel