Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

My Best Buy: tawar potongan harga hingga 20 peratus


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





PUTRAJAYA, 29 Mei (Bernama) -- Program ‘My Best Buy’ (MBB) Pra Aidilfitri 2019 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, menawarkan produk pertanian terpilih pada potongan harga antara lima hingga 20 peratus berbanding harga pasaran di 18 lokasi terpilih.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehuddin Hassan ketika melancarkan program itu di sini hari ini berkata program yang dilaksanakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu akan berjalan sehingga 4 Jun depan.

Katanya kira-kira 27,000 pengunjung disasarkan untuk mengunjungi program tersebut yang menawarkan produk segar seperti hasilan laut, ayam dan daging serta barangan runcit seperti minyak, bawang, tepung dan gula selain kerepek dan biskut raya.

“Program ini merupakan antara langkah mempromosikan program MBB yang telah dilaksana sejak 2014, yang digunakan pengeluar bagi menjual terus produk mereka kepada pengguna,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     

SPR terpaksa guna pakai persempadanan semula tahun lepas

 
     

Pemanis sokong saranan Anwar Ibrahim semua majlis anjuran kerajaan wajib guna Bahasa Melayu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel