Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPANS meriahkan World #QuranHour esok


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





SEREMBAN, 29 Mei (Bernama) -- Program World #QuranHour akan turut dilaksanakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) mulai pukul 10 pagi esok (30 Mei), kata Pengarahnya Jamilah Katis.

Beliau berkata program itu akan diadakan secara serentak di seluruh dunia dengan meluangkan masa selama sejam membaca, memahami dan menghayati ayat suci Al-Quran.

"Kempen mempromosikan Al-Quran secara berterusan melalui World #QuranHour ini disahut oleh PPANS dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan tema pada tahun ini 'Solusi Cabaran Sejagat'. Selain itu, ini juga merupakan inisiatif spiritual di bawah kelolaan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia serta turut disokong oleh Kerajaan Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Katanya program seumpama ini adalah sebagai langkah bagi seluruh kakitangan PPANS untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Katanya surah Al-Kahfi yang terpilih sempena World #QuranHour ini perlu diberi perhatian dan penekanan di mana kandungan ayatnya merupakan ajakan agar seluruh masyarakat memahami intipati dan erti kemerdekaan dalam membangunkan sebuah negara yang aman, utuh dan progresif melalui prinsip-prinsip Al-Quran.

"Surah Al-Kahfi adalah surah yang dapat memberi persediaan dari aspek fizikal, emosi, intelek dan spiritual kepada masyarakat dalam menangani dunia masa kini. Disamping itu, sebagai landasan agar ummah berupaya mengemudi kehidupan mengikut panduan Al-Quran seperti yang digariskan oleh Allah. Pengisian dalam program ini juga turut membincang dan mengupas mengenai ayat dalam surah Al-Kahfi," katanya.

Selain itu, katanya PPANS turut mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk yang disertai oleh kakitangan PPANS serta kakitangan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Katanya bagi mengimarahkan amalan bersedekah di bulan Ramadan yang mulia ini, PPANS turut menyumbang juadah bubur lambuk tersebut ke rumah anak-anak yatim, orang awam serta jabatan-jabatan kerajaan di Negeri Sembilan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel