Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MUSA jalin kerjasama dengan KPDNHEP banteras jersi tiruan


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





MELAKA, 29 Mei (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menangani gejala penjualan jersi Melaka United (MU) tiruan, yang dijual secara berleluasa di negeri ini.

MUSA berkata Setiausaha Agungnya, Farhan Ibrahim telah bertemu dengan Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Muhamad Aizudin Muhd Said di Pejabat KPDNHEP Melaka semalam, bagi membicangkan perkara tersebut.

“Pada perjumpaan itu beberapa perkara dibincangkan, termasuk serbuan yang akan dilakukan oleh pihak KPDNHEP ke atas premis-premis, yang didapati menjual jersi MU tiruan di sekitar negeri ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya mana-mana pihak yang didapati menjual jersi tiruan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan jersi MU yang ‘original’ yang lebih berkualiti sebagai tanda sokongan buat pasukan.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel