Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JAS N. Sembilan arah dua kilang ditutup


Tarikh kemaskini: 29/05/2019





SEREMBAN, 29 Mei (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengarahkan dua kilang iaitu sebuah kilang membuat perabot dan sebuah kilang kitar semula plastik, di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut, Senawang, ditutup kerana dipercayai menyebabkan pencemaran udara.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata tindakan itu diambil, berikutan aduan pencemaran udara dan aduan berkaitan bau oleh penduduk taman perumahan berhampiran, serta selepas siasatan yang dijalankan pada 16 April dan 3 Mei lepas.

"Kilang pembuatan perabot tersebut, dikesan melakukan kerja pembakaran dan penghasilan cecair gam. Aktiviti itu disyaki menjadi punca utama pelepasan bau pelarut dan kimia ke kawasan perumahan berhampiran. Justeru JAS menyita kelengkapan di premis itu mengikut Seksyen 38(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Manakala kilang kitar semula plastik pula, mereka mempunyai alat kawalan udara bagi semua mesin yang digunakan, tetapi didapati memproses jenis plastik keras yang mengeluarkan bau kuat. Keupayaan sistem kawalan udara itu didapati tidak mencukupi, justeru, JAS mengarahkan kilang berkenaan ditutup dan kini sedang meningkatkan alat kawalan udara sedia ada," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya JAS kini dalam proses permohonan perintah larangan mengikut Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 bagi kedua-dua kes itu.

Beliau turut menyarankan supaya industri kitar semula plastik dipantau, dan pemasangan kelengkapan kawalan bersesuaian perlu direka bagi memastikan pencemaran bau dapat diatasi.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel