Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tindakan kompaun untuk kesedaran rakyat-MB Terengganu


Tarikh kemaskini: 29/05/2019




KUALA TERENGGANU, 29 Mei (Bernama) -- Tindakan kompaun RM50 kepada individu yang dikenal pasti membuang sampah merata-rata di tempat awam, bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat untuk bersama-sama menjaga kebersihan sekitar pusat bandar raya.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata walaupun tindakan tersebut dilihat agak keras, namun ia dilakukan bagi memastikan persekitaran Kuala Terengganu sentiasa bersih, terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Tentunya kita hendak meraikan Hari Raya Puasa dengan persekitaran yang bersih, perantau pulang dalam keadaan yang ceria dan mendatangkan imej yang baik kepada negeri.

“Kita harap rakyat faham bahawa semua ini dibuat bukan untuk suka-suka, tetapi demi kepentingan  semua pihak termasuklah pegunjung dan rakyat tempatan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau  jambatan angkat di sini semalam.

Dilaporkan, tindakan kompaun oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tersebut berkuat kuasa serta merta semalam.

Datuk Bandar Kuala Terengganu Shahidan Embok dilaporkan berkata, tindakan kompaun RM50 tersebut bertujuan memastikan kebersihan bandar raya ini terutama kawasan sekitar jambatan angkat.                

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel