Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Projek salur sumber air dari Tasik Biru ke Empangan Durian Tunggal dapat dilaksanakan lebih awal


Tarikh kemaskini: 29/05/2019




MELAKA, 28 Mei (Bernama) --  Langkah Kerajaan Persekutuan menghapus kira pinjaman projek bekalan air luar bandar kepada kerajaan negeri Melaka membolehkan projek pembangunan penyaluran sumber air dari Tasik Biru, Chinchin dekat Jasin ke Empangan Durian Tunggal dilaksanakan lebih awal.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata keputusan Kerajaan Persekutuan itu sekali gus dapat membangunkan lebih banyak projek di peringkat negeri termasuk projek penyaluran air ke Empangan Durian Tunggal bernilai kira-kira RM23 juta.

Beliau berkata usaha itu juga dapat mengurangkan bebanan hutang yang ditanggung kerajaan negeri sebanyak RM143 juta daripada RM900 juta ditanggung yang penjimatan itu dapat disalurkan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat

“Justeru, Syarikat Air Melaka Berhad dapat memfokuskan kepada projek penyaluran berkenaan dalam usaha mengatasi masalah bekalan air yang melanda negeri ini saban tahun,” katanya kepada pemberita ketika melancarkan kempen Keselamatan Keselamatan Jalan Raya dan Pengagihan Bubur Lambuk di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka Muhammad Firdaus Shariff.

Adly diminta mengulas keputusan kerajaan yang bersetuju menghapus kira pinjaman diberi kepada kerajaan negeri bagi projek bekalan air luar bandar pada 2001 dan ke atas, berdasarkan baki belum selesai setakat 31 Dis tahun lepas yang berjumlah RM3.8 bilion.

??Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sebagai berkata hapus kira pinjaman itu tertakluk kepada kerajaan negeri memuktamadkan Skim Penstrukturan Semula Industri Bekalan Air Negara, selewat-lewatnya pada 31 Dis tahun ini.

Mengenai isu agihan 50 peratus hasil kutipan cukai pelancongan yang akan diberikan kepada negeri, beliau berkata Melaka akan mendapat manfaat kira-kira RM5 juta daripada RM10.7 juta hasil kutipan bagi setiap penginapan pelancong yang menginap di hotel empat dan lima bintang di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Firdaus berkata JPJ negeri merancang lapan strategi penguatkuasaan untuk dilaksanakan sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri 2019 bermula esok hingga 13 Jun.

“Strategi itu termasuk memberi fokus penguatkuasaan kepada kenderaan pengangkutan barang (KPB) di lebuh raya, jalan utama, bandaran dan negeri selain kenderaan pengangkutan awam (KPA) di lebuh raya dan jalan negeri.

“JPJ negeri juga akan mengadakan sesi bersama pengusaha bas dan lori, persatuan lori, kelab permotoran selain penguatkuasaan oleh Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB)," katanya.

-- BERNAMA  


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel