Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ops raya: 30 anggota bomba siap siaga di Lebuhraya PLUS


Tarikh kemaskini: 28/05/2019





BUKIT MERTAJAM, 28 Mei (Bernama) -- Seramai 30 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang diletakkan dalam keadaan siapsiaga mulai 29 Mei sehingga 12 Jun ini, kata Pengarah JBPM Pulau Pinang Saadon Mokhtar hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan bersiapsiaga di persimpangan Tol Sungai Dua dan akan melakukan rondaan dan respon kepada laporan kemalangan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di negeri ini.

"Seramai 30 anggota akan bersedia di Tol Sungai Dua... Mereka akan bertugas bergilir-gilir untuk 24 jam. Kita menyediakan dua Unit Motosikal Gerak Cepat (RIM) dan tiga Jentera Fire Rescue Tender (FRT),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Hari Raya di sini.

“Tujuan operasi ini adalah untuk memastikan sekiranya berlaku kemalangan, tindakan pantas akan diambil oleh pihak bomba. Kami berharap agar orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak bomba untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi keselamatan semua," katanya.

Dalam masa yang sama, Saadon berkata pemeriksaan turut dijalankan di lokasi-lokasi tumpuan ramai seperti hotel, restoran dan pusat membeli-belah untuk memastikan sistem pemasangan keselamatan kebakaran dan pelepasan diri di premis semasa kecemasan berada di tahap yang baik.

Menurutnya, pihak bomba menjangka terdapat pihak-pihak tertentu yang akan melakukan perubahan dan pengubahsuaian di musim perayaan ini yang akan menyebabkan ruang pelepasan diri tidak mencukupi atau terhalang sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

"JBPM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan kepada premis-premis yang melakukan kesalahan ini," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel