Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kontraktor projek Jambatan Sungai Plentong perlu disenaraihitam - Adun Johor Jaya


Tarikh kemaskini: 28/05/2019




JOHOR BAHRU, 28 Mei (Bernama) -- Kontraktor yang menjalankan projek Jambatan Sungai Plentong di Jalan Masai Lama, di sini, perlu disenaraihitamkan daripada mendapat projek kerajaan pada masa depan berikutan berterusan gagal menyiapkan projek sedia ada, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung.

Beliau berkata projek itu yang bermula pada 10 Oktober 2016, sepatutnya siap pada 25 Februari tahun lepas, telah dilanjutkan sehingga Ogos, dan walaupun diberi lagi tempoh masa, projek itu sehingga kini masih lagi gagal disiapkan oleh kontraktor Ikatan Harmoni Sdn Bhd.

“Memandangkan (melihat) prestasi kontraktor dan cara pelaksanaan kerja, saya berasa kontraktor ini perlu disenarai hitamkan daripada mendapat projek-projek kerajaan pada masa yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

“Pada masa sama, saya sekali lagi meminta mereka (kontraktor) agar menjalankan tanggungjawab untuk menyiapkan projek terbabit dalam masa terdekat dan sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya lagi.

“Ini termasuk memasangkan lampu jalan sementara demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya dan menyiapkan kerja menaik taraf jalan di hadapan Pasaraya Giant Plentong agar dapat dibuka pada Jun ini kerana ia merupakan sebahagian daripada skop kerja projek,” tambahnya.

Liow yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri membuat kenyataan itu susulan lawatan kerjanya ke tapak projek berkenaan hari ini bagi meninjau perkembangannya.

Turut menemaninya ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Johor, Solihan Badri.

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel