Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Petani bimbang tanaman padi diserang tikus


Tarikh kemaskini: 28/05/2019




KANGAR, 28 Mei (Bernama) -- Kira-kira 30 petani di kawasan Utan Aji di sini, melahirkan rasa bimbang berikutan tanaman padi mereka diserang haiwan perosak ekoran tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah bersebelahan kawasan sawah mereka.

Tindakan membuang sampah itu sudah berlarutan hampir lima tahun menyebabkan kumpulan petani berkenaan mengalami kerugian besar.

Difahamkan, longgokkan sampah itu termasuk sampah domestik dan bahan binaan dibuang oleh kontraktor.

Tinjauan Bernama hari ini, mendapati tikus-tikus berkeliaran dan ada juga bangkai tikus di kawasan berkenaan.

Petani mendakwa pada waktu hujan, sisa air dari sampah akan masuk ke dalam longkang seterusnya memasuki sawah mereka.

Seorang petani, Ahmad Nordin, 59, ketika ditemui pemberita berkata longgokkan sampah itu membuatkan beliau kurang selesa kerana hasil tanamannya digigit haiwan perosak itu.

“Kita sudah mula semai benih, bila dah tumbuh anak, terus kena gerit (gigit) dengan tikus. Kerugian itu terpaksa kami tanggung.,” katanya.

Ahmad berkata beliau pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebelum ini, tetapi hanya sekali tindakan diambil setakat ini.

Seorang lagi petani, Mohamad Ismail, 74, mahu pihak bertanggungjawab membantu membersihkan tempat pembuangan sampah itu, dan memastikan tindakan segera diambil.

Beliau berkata hasil tanaman lain yang diusahakan petani seperti serai turut musnah digigit haiwan perosak itu.

Sementara itu, Ketua Cawangan Komunikasi Korporat ibu pejabat MADA, Mohd Hafizi Zakaria ketika dihubungi memaklumkan terdapat kesan serangan tikus yang serius di kawasan terlibat.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) bagi tujuan pembersihan sampah dan penyelesaian terhadap serangan tikus itu.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel