Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MPNF rayu kerajaan terus pertimbang duit raya untuk peneroka Felda


Tarikh kemaskini: 28/05/2019





KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO FELDA (MPNF) Datuk Mazlan Aliman hari ini merayu agar kerajaan menimbangkan pemberian duit raya kepada golongan peneroka.

Beliau optimis ‘berita baik’ itu akan diumumkan oleh kerajaan dalam mesyuarat kabinet esok dengan mengambil kira sumbangan golongan itu kepada produktiviti negara.

 “Saya berharap kerajaan tidaklah terlalu berkira dengan peneroka di peringkat saya, dah usaha.. jumpa secara peribadi Tun Daim Zainuddin berbincang dengan Datuk A.Kadir Jasin yang merupakan antara pasukan yang terlibat dalam merangka manifesto pilihan raya ke-14.

“Malah malam tadi saya jumpa penasihat ekonomi Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) Dr. Muhammed Abdul Khalid.. surat juga sudah dihantar kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri menerusi emel dan WhatsApp… bagi saya ikhtiar dah sampai maksimum dan keputusan saya difahamkan esok dalam mesyuarat kabinet,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Pasar Peladang 2019 di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu menjelaskan pemberian duit raya itu sebenarnya berasal daripada insentif hasil peneroka bagi menggalakkan mereka menjual hasil buah tandan segar (BTS) ke kilang Felda, memandangkan sebelum ini mereka menjualnya kepada pihak luar.

Mazlan yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) turut menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan Felda yang memotong pendapatan peneroka menjelang Aidilfitri.

“Biasanya ia tidak dipotong, malah bantuan sara hidup RM1,500 juga mereka hanya dapat RM1,000 sahaja ketika ini.. bila dipotong, pendapatan bersih mereka untuk musim perayaan ini cuma lima enam ratus sahaja, macam mana nak beraya?

“Tahun lepas peneroka dapat bantuan kerajaan RM450 ... semalam saya juga kata kepada penasihat ekonomi Perdana Menteri, apa lah sangat 112,635 orang peneroka kita cuma belanja RM50 juta sahaja..bukan ratusan juta.. janganlah berkira sangat dengan rakyat.

“Soal jumlah juga nombor dua, berapa pun yang mereka dapat, lima ratus atau tiga ratus ..itu tidak mengapa, bila mereka dapat (duit raya) mereka terasa kerajaan prihatin dengan nasib rakyat,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel