Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aspek sejarah sering ditekankan Prof Khoo Kay Kim besarkan anak - Anak sulung


Tarikh kemaskini: 28/05/2019





KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Aspek sejarah sering ditekankan mendiang Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim selaku tokoh sejarawan dan ahli akademik bagi membesarkan ketiga-tiga anaknya.

Anak sulungnya, Eddin Khoo, 50, berkata mendiang bapa mereka sangat meminati bidang sejarah dan penulisan sukan dalam media kerana tidak mahu anak-anaknya ‘buta’ dan tidak peduli sejarah negara.

“Dia selalu menitikberatkan aspek sejarah dalam apa-apa pun kerana kalau kita tidak mempunyai kenangan, sudah pasti tidak akan ada masa depan yang cerah,” katanya kepada pemberita di Nirvana Sungai Besi dekat sini hari ini.

Khoo meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Petaling Jaya pada 10.13 pagi tadi.

Menurut Eddin, mendiang bapanya juga selalu menganggap bahawa membina negara bangsa adalah satu proses yang bersifat berterusan.

Selama lebih 50 tahun kerjaya mendiang sebagai guru dan kemudian pensyarah, Eddin berkata bapanya disifatkan mesra dan sangat komited dengan kerjayanya sehinggakan ramai anak muridnya telah menjadi pembina negara Malaysia.

“Namun saya lihat paling utama dia cuba menjadi jambatan antara kaum untuk mewujudkan satu negara yang majmuk,” katanya.

Mendiang Khoo yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri Puan Sri Rathi Khoo, 75, serta tiga anak - Eddin, Rubin, 47, dan Mavin, 42.

Mendiang juga merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara selepas rusuhan kaum pada 1969.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel