Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ops bantu: 50 anggota APM Terengganu bantu pengguna jalan raya di Aidilfitri


Tarikh kemaskini: 28/05/2019





KUALA TERENGGANU, 28 Mei (Bernama) -- Seramai 50 anggota dan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu akan bertugas menjalankan rondaan melalui Ops Bantu pada Aidilfitri tahun ini.

Pengarahnya Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata mereka akan menjalankan rondaan dan membantu pengguna jalan persekutuan serta jalan negeri yang mengalami kecemasan atau kesusahan  sepanjang perjalanan balik ke kampung dan pulang semula ke bandar sempena musim perayaan.

"Ops Bantu dilaksanakan dua fasa iaitu fasa pertama bermula pada 3 dan 4 Mei ketika aliran trafik sibuk dengan kepulangan anak perantau ke kampung halaman.

"Fasa kedua pula bermula pada 8 dan 9 Mei kerana ia adalah tempoh aliran trafik kembali sibuk ketika anak perantau pulang semula ke bandar," katanya kepada pemberita hari ini.

Melalui Ops Bantu, APM Terengganu akan membantu pengguna jalan raya yang mengalami masalah enjin, tayar bocor, mengalihkan objek yang mengganggu lalu lintas dan membantu kelancaran trafik.

Dalam pada itu, Che Adam berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia dalam Ops Selamat bermula esok hingga 12 Jun depan.

"Operasi selama 15 hari itu akan menggabungkan tenaga semua agensi untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan aliran trafik berjalan lancar.

"APM akan bertugas di sekitar dua lokasi iaitu kawasan Rehat dan Rawat Perasing di Kemaman serta susur keluar Plaza Tol Ajil di Hulu Terengganu," katanya. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel