Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KPDNHEP kenakan tindakan terhadap peniaga yang tidak patuh kawalan harga musim perayaan


Tarikh kemaskini: 28/05/2019





KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah merampas barangan bernilai RM5,701 dan mengenakan denda kompaun berjumlah RM4,200 ke atas peniaga sepanjang pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa bagi tempoh 21 hingga 26 Mei.

Pengarah Penguatkuasanya Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata denda dan kompaun itu dikenakan setelah melakukan 15,647  operasi pemeriksaan ke atas peniaga di seluruh negara.

“Berikutan operasi itu, 32  peniaga dikenakan tindakan kerana gagal menggunakan tanda harga khas warna merah jambu manakala lima lagi kerana kesalahan tidak meletak tanda harga,” katanya dalam program Nine 11 di Bernama News Channel di sini, hari ini.

Iskandar berkata selain Hari Raya Puasa yang jatuh pada 5 dan 6 Jun, kempen tahun ini turut melibatkan Pesta Kaamatan yang disambut pada 30 Mei dan Hari Gawai pada 1 Jun.

Bagaimanapun, katanya, untuk kedua-dua perayaan di Malaysia Timur itu, tiada sebarang tindakan dikenakan setelah melakukan sebanyak 1,461 operasi pemeriksaan pada kempen SKHMP Pesta Kaamatan dan 764 pemeriksaan pada kempen SKHMP Hari Gawai.

Iskandar turut menyeru peniaga agar mematuhi undang-undang iaitu meletakkan tanda harga, menjual barang kawalan musim perayaan tidak melebihi harga yang telah ditetapkan dan menggunakan alat timbang yang telah ditentusah.

Pengguna  yang ingin menyalurkan aduan boleh berbuat demikian melalui portal  e-aduan@kpdnhep.gov.my atau Pusat Panggilan 1800 886 800.

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

OKU mengaku tidak salah lakukan amang seksual terhadap anak kandung

 
     

Anggota JPJ Terengganu menyamar penumpang bas ekspres

 
     

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel