Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat pemancing ditemukan di bawah kenderaan


Tarikh kemaskini: 28/05/2019





KUANTAN, 28 Mei (Bernama) -- Mayat seorang lelaki ditemukan lemas di bawah kenderaan jenis pacuan empat roda yang dipandunya semasa meredah sungai di Kampung Chegar Perah di Lipis dekat sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata mangsa Chin Zeuw Long, 22, ditemukan sebaik sahaja kenderaan jenis Nissan Navara itu ditarik keluar daripada dasar sungai pada 1.50 tengah hari tadi. 

Katanya Chin dipercayai datang ke sungai itu secara berseorangan untuk memancing sebelum menghubungi bapa saudaranya Liew Kah Heng, 42, sekitar pukul 4.00 pagi untuk memaklumkan kereta itu mula ditenggelami air. 

"Bapa saudaranya mendakwa Chin menyedari laluan masuk ke tempat memancing mula dinaiki air menyebabkan dia bergegas untuk pulang. Bagaimanapun air dipercayai naik dengan mendadak dan dia dikatakan nekad untuk meredahnya. 

"Bapa saudara Chin hanya sempat menyuruh dia segera keluar daripada kenderaan bagi menyelamatkan diri sebelum panggilan terputus," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Azli menambah Liew kemudiannya mendakwa dia bergegas ke sungai itu namun hanya dapat melihat kenderaan berkenaan sudah ditenggelami air manakala kelibat anak saudaranya tidak kelihatan. 

Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat dimulakan dengan penglibatan empat pegawai dan 30 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan bomba sukarelawan Merapoh serta 30 penduduk kampung. 

Azli berkata mayat Chin dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat. 

-- BERNAMA 

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel