Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bomba Negeri Sembilan tingkat masa tindak balas sepanjang Aidilfitri


Tarikh kemaskini: 28/05/2019





SEREMBAN, 28 Mei (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sembilan akan meningkatkan lagi masa  tindak balas  pasukan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cepat, pantas dan berkesan bagi menghadapi sebarang kejadian sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah JBPM negeri Hamdan Ali berkata kesiapsiagaan anggota berada dalam keadaan baik dan meletakkan kerjaya sebagai keutamaan dalam menghadapi sebarang kecemasan.

"Ops Raya oleh bahagian operasi juga dilaksanakan di kawasan-kawasan hotspot seperti di Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang laluan di kawasan Nilai, Seremban dan Senawang manakala di jalan biasa pula di jalan menghala Muadzam, Pahang hingga Bandar Seri Jempol, Jempol.

"Bagi mempercepatkan jentera sampai ke lokasi kemalangan, kita  akan menggunakan alternatif lain iaitu jalan lain bagi mengelakkan halangan lalu lintas yang sesak pada musim perayaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau JBPM negeri berjaya merekodkan penurunan kes kebakaran dan kerja-kerja penyelamatan kepada 75 kes pada tahun lepas berbanding 127 kes pada 2017 dan berharap ia terus menurun pada tahun ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel