Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hengyuan peruntuk RM852 juta bagi perbelanjaan modal tahun kewangan 2019


Tarikh kemaskini: 28/05/2019





KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Syarikat penapis minyak utama serantau, Hengyuan Refining Company Bhd memperuntukkan sebanyak RM852 juta atau US$205.3 juta untuk perbelanjaan modal bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019.

Pengerusinya Wang YouDe berkata syarikat itu memberi tumpuan sepenuhnya dalam melengkapkan kilang penapis untuk jangka masa panjang melalui program pelaburan modal intensif tanpa menjejaskan kedudukan kewangannya yang kukuh.

“Walaupun telah membelanjakan RM60 juta atau US$150 juta untuk perbelanjaan modal tahun lepas, kami berjaya mengekalkan lembaran imbangan yang kukuh dan menambah baik tahap kadar hutang kami kepada 0.57 kali berbanding 0.67 kali tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan bersempena dengan mesyuarat agung tahunan ke-60 syarikat itu, hari ini.

Wang berkata dengan tahun kewangan 2019 menjadi tahun pembinaan dan pengukuhan, syarikat itu akan meneruskan usahanya melabur bagi kelangsungan jangka masa panjang kilang penapis itu dengan melaksanakan projek-projek infrastruktur utama yang meningkatkan lagi kemampanan dan kebolehpercayaan kilang penapisan itu. 

Perbelanjaan modal bagi tahun kewangan 2019 akan diperuntukkan bagi empat projek infrastruktur utama seperti Euro 4M Mogas (Euro 4M), Clean Air Regulation (CAR), Hydrogen Generation (H2GEN) dan Euro 5 Gasoil (Euro5G).

Wang berkata projek Euro 4M ketika ini dalam fasa pembinaan dan disasarkan siap pada Januari 2020, yang merupakan tarikh yang digubal oleh kerajaan untuk spesifikasi Euro 4M baharu.

Projek CAR juga sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada suku ketiga 2019.

Beliau berkata syarikat itu juga telah memulakan fasa reka bentuk dan pembinaan untuk projek H2GEN dengan pengeluaran pertama dijangka pada September 2020.

Bagi projek Euro 5 Gasoil, skopnya telah dikurangkan dengan penjimatan yang lebih besar yang membolehkan Hengyuan menguruskan projek itu secara dalaman.

“Kami juga telah menyelesaikan kesemua perjanjian yang diperlukan bagi melakukan pengoperasian dan memulakan projek E4M, E5G dan H2Gen, oleh itu tidak akan ada loji yang tidak beroperasi sebelum pengoperasian,” katanya.  

Setakat ini, Wang berkata syarikat itu telah meluluskan pelaburan modal sebanyak US$415 juta sejak 2016 disamping perbelanjaan modal integriti tahunannya.

“Strategi perlindungan proaktif kami, ditambah dengan tumpuan berterusan kami terhadap kecemerlangan operasi memastikan kilang penapisan dapat beroperasi dengan cekap dan akan berdaya saing secara komersial, apabila program pelaburan modal intensif kami selesai,” katanya mengenai prospek masa depan syarikat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel