Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UiTM FC fokus Liga Super musim depan


Tarikh kemaskini: 28/05/2019





SHAH ALAM, 27 Mei (Bernama) -- Pasukan  UiTM FC tetap optimis dengan misi memburu slot Liga Super musim depan meskipun gagal mengutip mata penuh menentang Selangor United pada saingan Liga Premier, Jumaat lalu.

Selaku pendahulu liga, UiTM FC gagal melebarkan jumlah kutipan mata apabila tewas 2-1 kepada Selangor United, sekali gus berkongsi 26 mata dengan pencabar terdekat JDT II selepas 14 perlawanan.

Presiden UiTM FC , Prof Dr Azizan Abdullah berkata skuad ‘The Lion Troops’ akan mengambil peluang dalam baki enam perlawanan untuk tidak tercicir sebarang mata dan meraih gelaran juara Liga Premier serta mengesahkan slot Liga Super.

"Kita perlu menang dalam tiga lagi perlawanan untuk melonjak ke Liga Super,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa UiTM FC di Intekma Resort, di sini, hari ini.

Dua pasukan teratas Liga Premier akan layak beraksi pada saingan Liga Super musim depan.

Terdahulu, beliau yang merupakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, turut menyampaikan sumbangan derma kilat kepada keluarga bekas jurulatih pasukan Piala Presiden UiTM, Allayarham Anuar Abu Bakar yang meninggal dunia pada 6 Mei lalu akibat kanser hati tahap empat.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Kamel Mohamad.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel