Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

DAP akur titah Sultan Perak


Tarikh kemaskini: 28/05/2019





IPOH, 27 Mei (Bernama) -- DAP Perak akan mengeluarkan arahan kepada lebih 300 cawangan parti di negeri itu supaya akur dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, terhadap larangan penganjuran program politik di masjid dan surau di negeri ini.

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata parti itu mengakui masjid dan surau bukan medan untuk parti politik menjalankan aktiviti kepartian mereka.

Justeru, beliau menyeru ?????? Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana jawatankuasa masjid yang melanggar titah baginda dan tindakan tegas wajar diambil termasuk menggantung tugas mereka.

"Perkara ini bukan sahaja tidak sepatututnya berlaku pada bulan Ramadan tetapi sepanjang masa,” katanya pada majlis berbuka puasa anjuran DAP Perak, di sini hari ini.

Selain itu, Nga, yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata, walaupun DAP difitnah sebagai anti-Melayu dan Islam, namun parti itu sentiasa mengambil langkah sebagai sebuah parti mesra Islam.

Katanya, sebagai bukti, DAP telah memberikan sumbangan dianggarkan sebanyak RM1 juta kepada ratusan masjid dan surau seluruh negara pada Ramadan kali ini melalui peruntukan 42 Anggota Parlimennya.

“Contoh yang terbaik ialah Anggota Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh meluluskan peruntukan sebanyak RM130,000 kepada masjid dan surau di kawasannya untuk kegiatan kerohanian," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel