Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aziz Bari sedia jika digugurkan sebagai Exco


Tarikh kemaskini: 27/05/2019





IPOH, 27 Mei (Bernama) -- Naib Pengerusi DAP Perak Dr Abdul Aziz Bari bersedia jika digugurkan daripada barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Perak.

Pengerusi Jawatanakuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri itu berkata sehingga hari ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat jika bakal dikekalkan atau sebaliknya.

"Ia merupakan tanggungjawab Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) dan barisan kepimpinan Pakatan Harapam untuk menyelesaikan isu tersebut. Saya tidak boleh bercakap apa-apa mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas program memasak bubur lambuk anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perak di sini, hari ini.

Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu, sepanjang pengetahuannya tidak mungkin akan berlaku pertukaran Exco.

"Sepanjang yang saya tahu, tidak akan ada perubahan. Kedudukan tetap status quo. Kita semua mewakili parti. Jika kita diarahkan pergi, kita pergi. Kita merupakan pemain satu pasukan," tambah beliau.

Terdapat ura-ura menyatakan Abdul Aziz akan digantikan dengan ADUN Sungai Manik dari Parti Pribumi Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Nama lain turut disebut-sebut mungkin digugurkan adalah Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Jamhari dari PKR yang dikatakan akan diganti dengan ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Libatkan nama bekas MB sebagai calon PH Tanjung Piai, cubaan gugat keharmonian PH

 
     

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel