Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Zoo Negara perlu bergerak ke hadapan - Xavier


Tarikh kemaskini: 27/05/2019





KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Telah tiba masanya bagi pentadbiran Zoo Negara mencari jalan menambah bilangan pelawat termasuk menerusi penjenamaan semula untuk terus kekal berdaya saing dengan keadaan semasa, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A.Xavier Jayakumar. 

Beliau berkata sejak penubuhannya  Zoo Negara berada dalam keadaan baik, cuma dari segi kewangan tidak begitu memberangsangkan kerana banyak bergantung kepada jualan tiket dan penaja. 

“Zoo Negara perlu berubah kerana harapan orang ramai serta penaja amat tinggi. Sudah barang tentu kewangan Zoo Negara dalam keadaan yang sangat ketat dan kita cuba membantu mana yang boleh, tetapi sejak akhir-akhir ini kita ada keutamaan yang perlu dilaksanakan. Bagi saya Zoo Negara perlu menilai semula kedudukannya.

“"Jadi, akan ada banyak pihak yang mengambil bahagian dalam perbincangan untuk memulihkan Zoo Negara dan sudah ada beberapa cadangan mengenai bagaimana kita perlu bergerak ke hadapan," katanya kepada Bernama disini hari ini.

"Kedududkan negara kita hampir  dengan Singapura. Mereka berbangga dengan zoo, safari malam dan jumlah kemudahan yang mereka miliki untuk pelancong, Jadi cabaran bagi kita adalah untuk  setanding dengan mereka. Kita memerlukan lebih banyak penaja agar  kami dapat memperbaiki keadaan, "katanya.

Sementara itu, Xavier  mengalu-alukan kerjasama dengan negara jiran, terutama Indonesia, dalam memastikan program pemuliharaan haiwan terancam berjalan dengan lancar.

"Setakat ini, kerjasama pemuliharaan kita  dengan Indonesia adalah untuk berkongsi maklumat tentang badak Sumatera di Sabah, tetapi pada masa akan datang kita  juga dapat bekerjasama dalam pemuliharaan gajah, orang utan dan harimau Malaya yang perlu dilindungi juga," katanya.

Mengakui bahawa beliau tidak berpuas hati dengan kedudukan  badak Sumatera terakhir di negara ini, Xavier berharap kerjasama yang berterusan antara kedua-dua negara dapat memberi kesan positif terhadap pemuliharaan spesies tersebut.

"Satu-satunya badak di Sumatera yang  kita ada sedang  sakit dan kita masih belum melihat adanya  badak Sumatera baharu tetapi di Indonesia mereka mempunyai jumlah yang agak banyak (badak). Kita  menggalakkan lebih banyak kerjasama dengan negara ini untuk berkongsi pendapat dan maklumat untuk masa depan spesies ini, "katanya.

 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel