Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Vivy Yusof dilantik anggota lembaga pengarah UiTM


Tarikh kemaskini: 27/05/2019





SHAH ALAM, 27 Mei (Bernama) -- Usahawan e-dagang, Datin Vivy Yusof hari ini dilantik sebagai anggota lembaga pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM), bagi tempoh tiga tahun.

Naib Canselor UiTM, Emeritus Professor Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim berkata pihaknya yakin perlantikan Vivy yang merupakan Ketua Pegawai Kreatif di FashionValet serta pengasas bersama The dUCk Group itu akan memberi inspirasi kepada pelajar universiti itu dalam meneroka peluang perniagaan baharu.

"Saya percaya bahawa universiti akan mendapat manfaat yang besar daripada pengalaman Datin Vivy Yusof sebagai usahawan wanita yang sangat berjaya.

"Kami berharap untuk bekerjasama dengannya dalam usaha untuk meningkatkan dan mengembangkan capaian keusahawanan UiTM dalam ekosistem global dan tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata penglibatan luas Vivy dalam bidang penjemanaan dan pemasaran akan dapat digunakan untuk melonjak jenama dan produk UiTM supaya menjadi lebih gah di mata dunia.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyifatkan pelantikan Vivy itu akan dapat menjadi pendorong serta memacu UiTM untuk kekal relevan sebagai hub keusahawanan di peringkat pendidikan tinggi.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

OKU mengaku tidak salah lakukan amang seksual terhadap anak kandung

 
     

Anggota JPJ Terengganu menyamar penumpang bas ekspres

 
     

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel