Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Syarikat pengusaha papan iklan diingatkan pohon kebenaran PBT


Tarikh kemaskini: 27/05/2019





SEREMBAN, 27 Mei (Bernama) -- Syarikat pengusaha papan pengiklanan diminta supaya memohon kebenaran pembinaannya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu sebelum terus dibina dan pasang, atau berdepan tindakan papan iklan berkenaan dirobohkan. 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan Teo Kok Seong berkata pemantauan pihaknya mendapati masih ada syarikat-syarikat yang membina papan iklan tanpa lesen.

Beliau berkata sekiranya masih tiada permohonan dibuat oleh pemilik dalam tempoh pemutihan yang ditetapkan, kerja-kerja merobohkan papan iklan tanpa lesen, terutama di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), akan mula dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Kita telah memberi ingatan dan notis kepada pemilik papan iklan untuk mengemukakan permohonan bagi proses pemutihan khusus di kawasan Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Daerah Rembau (MDR), namun masih ada pihak yang tidak memberi respons meskipun sudah diberikan notis.

"Ini merupakan amaran terakhir dan jika  boleh sila berjumpa dengan PBT untuk menyelesaikan isu ini dan menghantar permohonan baharu supaya kita dapat bantu melakukan proses pemutihan billboard tidak berlesen ini," katanya kepada pemberita selepas sidang media di sini, hari ini.

Kawasan MPN, kata Teo mempunyai paling banyak papan iklan tidak berlesen iaitu 429 papan iklan diikuti MDR dengan 14 papan iklan dan MPS dengan 11 papan iklan.

"Hanya 60 unit papan iklan pelbagai syarikat dalam kawasan MPN telah memberi maklum balas dan mengemukakan permohonan kepada PBT setakat ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap semua syarikat yang menjalankan perniagaan papan iklan termasuk pemilik tanah memberi kerjasama kepada kerajaan bagi menjalankan proses pemutihan terhadap papan iklan tidak berlesen.

"Kita tidak menghalang mana-mana pihak untuk menyewa kepada pengusaha namun biarlah mengikut spesifikasi ditetapkan dan tidak menaikkan papan tanda di tanah kerajaan tanpa kebenaran. Pemilik tanah juga boleh dikenakan tindakan kerana mendirikan papan iklan tidak mengikut struktur spesifikasi ditetapkan dengan kebenaran PBT, " katanya.

Beliau berkata walaupun permohonan sudah tutup pada 15 April lepas, kerajaan katanya masih memberi kelonggaran kepada mana-mana syarikat untuk memberi maklum balas dan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen sebelum Aidilfitri.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel