Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

IKIM taja persiapan raya 40 anak-anak keluarga asnaf


Tarikh kemaskini: 27/05/2019





SUBANG JAYA, 27 Mei (Bernama) -- Seramai 40 anak-anak Keluarga Asnaf Taman Dato' Harun Masjid Jumhuriah diraikan melalui Program IKIM Prihatin Sempena Ramadan 1440H anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).  

Penyelaras program Fairuz Nordin berkata inisiatif itu merupakan kali pertama IKIM turun padang dan membawa anak-anak asnaf keluar membeli-belah bagi persiapan hari raya.  

"Kami membuat sedikit kelainan, jika pada tahun-tahun lepas kami bersama badan bukan kerajaan (NGO) untuk turun ke lokasi bagi menyampaikan sumbangan Aidilfitri, kali ini kami bukan sahaja berperanan sebagai penaja tetapi juga terlibat sama untuk menarik perhatian pihak luar.  

"Kami ingin memberi pendedahan dan galakan kepada masyarakat untuk terlibat sama melalui aktiviti-aktiviti kemanusiaan dan kebajikan anjuran IKIM," katanya kepada Bernama selepas membeli-belah bersama anak-anak asnaf di Pasar Raya Mydin Subang Jaya, hari ini.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kelab IKIM dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu mendapat tajaan daripada Pasar Raya Mydin. Turut hadir Pemangku Pengarah Pusat Media IKIM Mahathir Shaharuddin dan penyampai-penyampai radio IKIMfm.

Sementara itu, Pengurus Kanan Jabatan Import & Eksport Mydin Norman Rajen berkata kolaborasi seumpama itu merupakan sebahagian daripada tradisi syarikat berkenaan pada musim perayaan sepanjang tahun, terutama Hari Raya Aidilfitri.

Anak-anak asnaf menerima sumbangan kelengkapan dan persalinan pakaian berjumlah RM200 setiap seorang serta turut menerima sumbangan duit raya tajaan Medshoe.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel