Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

1 juta kenderaan dijangka masuki Kelantan Aidilfitri ini


Tarikh kemaskini: 27/05/2019





TANAH MERAH, 27 Mei (Bernama) -- Sebanyak sejuta kenderaan dijangka akan memasuki Kelantan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri yang bakal disambut 5 Jun depan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata kemasukan kenderaan ke negeri ini berlaku secara berperingkat ekoran musim cuti sekolah sudah bermula.

"Jadi kita jangkakan akan berlaku pertambahan namun ia berlaku secara berperingkat-peringkat dan tidak sekali gus seperti sebelum ini.

"Apa pun kita harap pemandu supaya berhati-hati ketika memandu dan tidak berlumba di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program Ops Selamat peringkat negeri Kelantan di perkarangan bandar Taman Kota Harmoni di sini, hari ini. 

Hasanuddin berkata sehubungan itu mereka yang pulang beraya nanti diingatkan tidak mengambil sikap terlalu teruja untuk pulang ke kampung  sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika di jalan raya.

"Ramai di antara pemandu kebanyakannya tidak cukup rehat dan memandu dalam keadaan berbahaya. Kita harap biarlah mereka cukup rehat dan barulah mulakan perjalanan ke destinasi yang dituju," katanya.

Sementara itu, Hasanuddin meminta mereka yang meninggalkan rumah ketika hari raya ini supaya mengambil langkah sewajarnya untuk mengelak berlakunya kes pecah rumah yang sering berlaku sepanjang perayaan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel