Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

70 penerima terima sumbangan program Jalinan Kasih Sejambak Budi


Tarikh kemaskini: 27/05/2019





SEREMBAN, 27 Mei (Bernama) -- Seramai 70 penerima terdiri daripada guru dan kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) hari ini menerima sumbangan barangan keperluan harian menerusi program Jalinan Kasih Sejambak Budi yang disampaikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar.

Zulkefly dalam ucapannya berkata amalan bersedekah tidak seharusnya diamalkan dalam bulan Ramadan sahaja malah perlu dilakukan secara berterusan.

Program itu yang dianjurkan Kumpulan Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti Negeri Sembilan (KPIBKN) turut dihadiri Pengarah Pendidikan negeri Datuk Pkharuddin Ghazali 

Sementara itu, seorang penerima, Nurul Izzati Mohd Salleh, 33, melahirkan rasa bersyukur terpilih menerima bantuan berkenaan yang disifatkan mampu meringankan beban.

"Sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban dan membantu dalam persiapan Hari Raya selain dapat merasai kemeriahan Hari Raya seperti orang lain," kata ibu kepada seorang anak autisme itu kepada pemberita di sini.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel